Skip to main content

Posts

edu hub pagoh

assalamualaikum and hyee semua. tengok tajuk pon tahu dah kaannn nak cakap pasal apa. untuk yang tercari2 info pasal edu hub pagoh, haaa boleh singgah sini, kita kenal2. so, here's the facts about edu hub pagoh 1- Edu hub pagoh ni consist of 4 institusi pendidikan, iaitu UIAM ( kulliyah bahasa dan pengurusan) , UTHM (diploma and degree) UTM (master) and Politeknik. semua universiti/kolej ni dikumpulkan dalam satu kawasan, tapi jangan risaulaa, masing2 dah ada area masing2. edu hub ni cuba bayangkan mcm masjidilharam, kalau tanah Haram , kaabah kat tengah2 kannn, kalau kat edu hub ni, bangunan shared facility( bangunan gunasama)ni yg center, yang kat tengah2, lepas tu semua kampus keliling shared facility tu.  Kat edu hub pagoh ni cuma ada hostel utk students2 uia dgn uthm je. yang lain off campus x silap. Pastu, setiap kampus dah ada colour masing2 kat buiding, so senang nak cam, contohnya, UTHM buidingnya colour biru putih, kalau UIAM pulak colour hijau kelabu, kalau UTM w...
Recent posts

MCMC ARABIC

أسست اللجنة الاتصال والوسائط المتعددة بماليزيا في 1 إبريل 1999 بعد ظهور وانفجار صناعة الاتصال والوسائط المتعددة متدانية في منتصف التسعنية، التي أدت إلى القيام بنموذج وشكل ومناهج جديد كالإرشاد في السياسات الإعلامية والتنظيم. نيابة على ذلك، اعتمد ماليزيا على نموذج التنظيم التقارب فيما يتعلق بصناعة الاتصال والوسائط المتعددة في نوفمبر 1998، وبدأ بتقديم قانونين من نموذج التنظيم ألا وهو قانون الاتصال ووسائط المتعددة 1998، الذي يعمل على ترخيص الإطار التنظيمي لصناعة  وقانون اللجنة الاتصال والوسائط المتعددة بماليزيا 1998 الذي يعمل على قيام وتقديم اللجنة الاتصال والوسائط المتعددة بماليزيا. بقيام هذه اللجنة، قد قدمت 10 الأهداف السياسة الوطنية للجنة الاتصال والوسائط المتعددة بماليزيا ألا وهو: 1-              إنشاء ماليزيا كمركز عالمي رئيسي ومركز للاتصالات لتقديم المعلومات متعددة الوسائط وخدمات المحتوى. 2-              تعزيز المجتمع المدني حيث الخدمات القائمة على المعلو...

BIODATA ASSOCIATE PROF. DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR

Beliau merupakan graduan university islam antarabangsa Malaysia dalam jurusan sarajana muda ilmu wahyu, kemudian menyambung ijazah sarjana di University Of Abertay Dundee, United Kingdom, dan dikurniakan Ijazah kedoktoran daripada University Of Aberdeen. Beliau merupakan salah seorang pensyarah, dan juga merupakan timbalan pengarah ( penyelidikan dan pembangunan ) akademi pengajian Islam Universiti Malaya, di samping berkhidmat sebagai ketua jabatan sejarah dan tamadun islam, di akademi yang sama. Kecenderungan dan minat beliau terhadap isu- isu semasa berkaitan umat islam, Kepelbagaian kaum dan Islam, pengajian agama dan tamadun, telah mendorong beliau untuk menghasilkan pelbagai jurnal akademik dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan hingga ke peringkat antarabangsa.

BIODATA USTAZ SADIK OZATA

Dilahirkan pada 1978 di Afyon , Turk, beliau merupakan seorang yang sangat dikagumi dengan kehebatan dan kefasihan beliau bertutur dalam Bahasa melayu. Beliau merupakan graduan dalam bidang theology daripada Suleyman Demirel University, juga memiliki Diploma Bahasa Melayu dan Inggeris daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Bahasa Arab daripada International Africa University, Khartoum Sudan. Ustaz Sadik Ozata telah menghasilkan terjemahan Tafsir daripada Bahasa Turki ke Bahasa Melayu , dan juga merupakan Salah seorang duta Yayasan Hayrat Turki dan juga duta misi bantuan kemanusiaan Hayrat , yang merupakan penaja symposium kita pada hari ini.

BIODATA PROF MADYA DR MAT ROFA BIN ISMAIL

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 sebelum meneruskan pengajian sarjana di University of Wales, United Kingdom, dan memperolehi Master Sains dalam bidang Matematik pada tahun 1982. Beliau dianugerai ijazah kedoktoran(PhD) dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik daripada Universiti Malaya. Kecintaan Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail terhadap ilmu tidak pernah pudar, dan beliau telah menghasilkan begitu banyak karya karya akademik antaranya Mantik dan Etnomantik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta terbitan Must Read. Beliau disahkan sebagai pensyarah di Jabatan Matematik, Fakulti Sains pada tahun 1984 dan kemudiannya dinaikan menjadi Profesor Madya pada tahun 2001. Di samping itu, Beliau juga dilantik sebagai Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik bermula dari tahun 2010 dan menjadi penyelidik bersekutu dari awal penubuhan INSPEM.

BIODATA DR ANHAR OPIR

SAHIBUS SAMAHAH DR ANHAR BIN OPIR Beliau merupakan seorang yang sangat aktif berpersatuan dan pernah memegang mandat sebagai ketua umum Kolej Islam Sultan Alam Shah pada tahun 1995 dan juga merupakan timbalan pengarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Di samping itu, Beliau merupakan timbalan mufti Selangor dan juga lulusan Ijazah Sarjana Cairo University, Fakulti Darul Ulum di dalam jurusan Falsafah Islamiah. Tesis beliau yang bertajuk “Pemikiran Politik Di Antara Imam Al-Haramain Al-Juwaini dan Al-Qadhi Abu Bakr Ibn Al-`Arabi (Political Thinking Comparison Between Imam Haramain El Juwaini And Qadhi Abu Bakr Ibnu El- Arabi) telah dibahaskan pada tarikh 12 April 2006 bertempat di Darul Ulum, Cairo University.
lama sangat x menulis. banyak sangat yang berlaku yang buatkan aku rasa nak berhenti kejap dari menulis, dan harini rasa macam ada kekuatan nak sambung menulis , menulis tentang apa yang aku hadap selama aku menghilangkan diri ni. 1- kehilangan Mok, kak rindu mok sangat2, kak beruntung dapat jaga mok, kak tau tu, tapi berpisah dengan mok untuk selamanya tu sangat menghibakan, kak x tahu apa yang kak nak buat bila mok xde. kak sedih bila ingat saat2 mok nak pergi. mok pergi masa hari raya, untuk selama lamanya. hibanya mok. kak x tahu nak rasa gapo. lemah lutut kak dapat tahu mok xdok malam tu. selama ni kak duk kongsi katil, kongsi bantal dengan mok, sekarang mok xde, mok tahu dok, kak x leh tidur bilik tu, kak teringat ko mok, baju mok, beg mok, bedak mok, semua kat situ kak tahu tuhan nak tunjuk benda ko kak. tuhan bagi peluang kak jaga mok sapa akhir hayat mok, kak beruntung kak dapat dengar semua luahan mok, kak beruntung, dalam ramai2 ore, mok ccaye ko kak. terima kasih mok.....