Skip to main content

edu hub pagoh

assalamualaikum and hyee semua.

tengok tajuk pon tahu dah kaannn nak cakap pasal apa. untuk yang tercari2 info pasal edu hub pagoh, haaa boleh singgah sini, kita kenal2.

so, here's the facts about edu hub pagoh

1- Edu hub pagoh ni consist of 4 institusi pendidikan, iaitu UIAM ( kulliyah bahasa dan pengurusan) , UTHM (diploma and degree) UTM (master) and Politeknik.

semua universiti/kolej ni dikumpulkan dalam satu kawasan, tapi jangan risaulaa, masing2 dah ada area masing2. edu hub ni cuba bayangkan mcm masjidilharam, kalau tanah Haram , kaabah kat tengah2 kannn, kalau kat edu hub ni, bangunan shared facility( bangunan gunasama)ni yg center, yang kat tengah2, lepas tu semua kampus keliling shared facility tu.  Kat edu hub pagoh ni cuma ada hostel utk students2 uia dgn uthm je. yang lain off campus x silap. Pastu, setiap kampus dah ada colour masing2 kat buiding, so senang nak cam, contohnya, UTHM buidingnya colour biru putih, kalau UIAM pulak colour hijau kelabu, kalau UTM warna putih and merah darah ikan tuuu ( a.k.a maroon) and Politekni warna kuning. oh ya kt sini pon ada IKBN Pagoh jugak, tapi dia x termasuk kawasan edu hub sebab dia dah lama adaa kat situ pastu kawasan dia beza sikit. kalau edu hub pagoh ni, dari exit tol pagoh tu terus ke kanan, tapi kalau ikbn dia kena ke kiri, jalan tegak jap pastu terus jumpa. ehh panjang pulak explainnya heeee.
lain kali pulK

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA PROF MADYA DR MAT ROFA BIN ISMAIL

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 sebelum meneruskan pengajian sarjana di University of Wales, United Kingdom, dan memperolehi Master Sains dalam bidang Matematik pada tahun 1982. Beliau dianugerai ijazah kedoktoran(PhD) dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik daripada Universiti Malaya. Kecintaan Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail terhadap ilmu tidak pernah pudar, dan beliau telah menghasilkan begitu banyak karya karya akademik antaranya Mantik dan Etnomantik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta terbitan Must Read. Beliau disahkan sebagai pensyarah di Jabatan Matematik, Fakulti Sains pada tahun 1984 dan kemudiannya dinaikan menjadi Profesor Madya pada tahun 2001. Di samping itu, Beliau juga dilantik sebagai Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik bermula dari tahun 2010 dan menjadi penyelidik bersekutu dari awal penubuhan INSPEM.

BIODATA ASSOCIATE PROF. DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR

Beliau merupakan graduan university islam antarabangsa Malaysia dalam jurusan sarajana muda ilmu wahyu, kemudian menyambung ijazah sarjana di University Of Abertay Dundee, United Kingdom, dan dikurniakan Ijazah kedoktoran daripada University Of Aberdeen. Beliau merupakan salah seorang pensyarah, dan juga merupakan timbalan pengarah ( penyelidikan dan pembangunan ) akademi pengajian Islam Universiti Malaya, di samping berkhidmat sebagai ketua jabatan sejarah dan tamadun islam, di akademi yang sama. Kecenderungan dan minat beliau terhadap isu- isu semasa berkaitan umat islam, Kepelbagaian kaum dan Islam, pengajian agama dan tamadun, telah mendorong beliau untuk menghasilkan pelbagai jurnal akademik dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan hingga ke peringkat antarabangsa.

BIODATA USTAZ SADIK OZATA

Dilahirkan pada 1978 di Afyon , Turk, beliau merupakan seorang yang sangat dikagumi dengan kehebatan dan kefasihan beliau bertutur dalam Bahasa melayu. Beliau merupakan graduan dalam bidang theology daripada Suleyman Demirel University, juga memiliki Diploma Bahasa Melayu dan Inggeris daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Bahasa Arab daripada International Africa University, Khartoum Sudan. Ustaz Sadik Ozata telah menghasilkan terjemahan Tafsir daripada Bahasa Turki ke Bahasa Melayu , dan juga merupakan Salah seorang duta Yayasan Hayrat Turki dan juga duta misi bantuan kemanusiaan Hayrat , yang merupakan penaja symposium kita pada hari ini.