Skip to main content

BIODATA PROF MADYA DR MAT ROFA BIN ISMAIL

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 sebelum meneruskan pengajian sarjana di University of Wales, United Kingdom, dan memperolehi Master Sains dalam bidang Matematik pada tahun 1982. Beliau dianugerai ijazah kedoktoran(PhD) dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik daripada Universiti Malaya. Kecintaan Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail terhadap ilmu tidak pernah pudar, dan beliau telah menghasilkan begitu banyak karya karya akademik antaranya Mantik dan Etnomantik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta terbitan Must Read.
Beliau disahkan sebagai pensyarah di Jabatan Matematik, Fakulti Sains pada tahun 1984 dan kemudiannya dinaikan menjadi Profesor Madya pada tahun 2001. Di samping itu, Beliau juga dilantik sebagai Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik bermula dari tahun 2010 dan menjadi penyelidik bersekutu dari awal penubuhan INSPEM.


Comments