Skip to main content
lama sangat x menulis. banyak sangat yang berlaku yang buatkan aku rasa nak berhenti kejap dari menulis, dan harini rasa macam ada kekuatan nak sambung menulis , menulis tentang apa yang aku hadap selama aku menghilangkan diri ni.

1- kehilangan
Mok, kak rindu mok sangat2, kak beruntung dapat jaga mok, kak tau tu, tapi berpisah dengan mok untuk selamanya tu sangat menghibakan, kak x tahu apa yang kak nak buat bila mok xde. kak sedih bila ingat saat2 mok nak pergi. mok pergi masa hari raya, untuk selama lamanya. hibanya mok. kak x tahu nak rasa gapo. lemah lutut kak dapat tahu mok xdok malam tu. selama ni kak duk kongsi katil, kongsi bantal dengan mok, sekarang mok xde, mok tahu dok, kak x leh tidur bilik tu, kak teringat ko mok, baju mok, beg mok, bedak mok, semua kat situ

kak tahu tuhan nak tunjuk benda ko kak. tuhan bagi peluang kak jaga mok sapa akhir hayat mok, kak beruntung kak dapat dengar semua luahan mok, kak beruntung, dalam ramai2 ore, mok ccaye ko kak. terima kasih mok..

harini, cucu mok pergi bertemu mok kat sana, kak sedih mok, sedih sangat, cucu mok tu dah 2 bulan umurnya. kak sebak mok, tapi kak sayo takdir Allah ni comey, nanti ado laa tu hok baik allah nak bagi. moga Allah bagi kekuatan ko kak.

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA PROF MADYA DR MAT ROFA BIN ISMAIL

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 sebelum meneruskan pengajian sarjana di University of Wales, United Kingdom, dan memperolehi Master Sains dalam bidang Matematik pada tahun 1982. Beliau dianugerai ijazah kedoktoran(PhD) dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik daripada Universiti Malaya. Kecintaan Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail terhadap ilmu tidak pernah pudar, dan beliau telah menghasilkan begitu banyak karya karya akademik antaranya Mantik dan Etnomantik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta terbitan Must Read. Beliau disahkan sebagai pensyarah di Jabatan Matematik, Fakulti Sains pada tahun 1984 dan kemudiannya dinaikan menjadi Profesor Madya pada tahun 2001. Di samping itu, Beliau juga dilantik sebagai Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik bermula dari tahun 2010 dan menjadi penyelidik bersekutu dari awal penubuhan INSPEM.

BIODATA ASSOCIATE PROF. DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR

Beliau merupakan graduan university islam antarabangsa Malaysia dalam jurusan sarajana muda ilmu wahyu, kemudian menyambung ijazah sarjana di University Of Abertay Dundee, United Kingdom, dan dikurniakan Ijazah kedoktoran daripada University Of Aberdeen. Beliau merupakan salah seorang pensyarah, dan juga merupakan timbalan pengarah ( penyelidikan dan pembangunan ) akademi pengajian Islam Universiti Malaya, di samping berkhidmat sebagai ketua jabatan sejarah dan tamadun islam, di akademi yang sama. Kecenderungan dan minat beliau terhadap isu- isu semasa berkaitan umat islam, Kepelbagaian kaum dan Islam, pengajian agama dan tamadun, telah mendorong beliau untuk menghasilkan pelbagai jurnal akademik dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan hingga ke peringkat antarabangsa.

BIODATA USTAZ SADIK OZATA

Dilahirkan pada 1978 di Afyon , Turk, beliau merupakan seorang yang sangat dikagumi dengan kehebatan dan kefasihan beliau bertutur dalam Bahasa melayu. Beliau merupakan graduan dalam bidang theology daripada Suleyman Demirel University, juga memiliki Diploma Bahasa Melayu dan Inggeris daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Bahasa Arab daripada International Africa University, Khartoum Sudan. Ustaz Sadik Ozata telah menghasilkan terjemahan Tafsir daripada Bahasa Turki ke Bahasa Melayu , dan juga merupakan Salah seorang duta Yayasan Hayrat Turki dan juga duta misi bantuan kemanusiaan Hayrat , yang merupakan penaja symposium kita pada hari ini.