Beliau merupakan graduan university islam antarabangsa
Malaysia dalam jurusan sarajana muda ilmu wahyu, kemudian menyambung ijazah
sarjana di University Of Abertay Dundee, United Kingdom, dan dikurniakan Ijazah
kedoktoran daripada University Of Aberdeen.
Beliau merupakan salah seorang pensyarah, dan juga merupakan
timbalan pengarah ( penyelidikan dan pembangunan ) akademi pengajian Islam
Universiti Malaya, di samping berkhidmat sebagai ketua jabatan sejarah dan
tamadun islam, di akademi yang sama. Kecenderungan dan minat beliau terhadap
isu- isu semasa berkaitan umat islam, Kepelbagaian kaum dan Islam, pengajian
agama dan tamadun, telah mendorong beliau untuk menghasilkan pelbagai jurnal
akademik dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan hingga ke peringkat
antarabangsa.
Comments
Post a Comment